BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM

............................................

Friday, February 26

Tidak Ambil Peduli.

Assalamualaikum~
Hari ini nak bercakap pasal perasaan pulak la. Macam-macam jenis perasaan yang ada kat dunia ni  bergantung kepada individu. Ada perasaan sayang, rindu, geram, bengang, marah, sedih dan macam-macam lagilah. Nak disenaraikan ,memang banyak. Dalam banyak-banyak perasaan tu, Cuma perasaan yang satu ni je yang aku nak sentuh. Aku tak pastilah samada mereka-mereka fikir perasaan ni masuk dalam kategori perasaan atau pun tidak. Tapi pada aku, perasaan ini memang dalam kategori perasaanlah. Kalau tidak mana mungkin aku tulis sebagai perasaan. Perasaan yang aku maksudkan kat sini ialah perasaan TIDAK AMBIL PEDULI.
TIDAK AMBIL PEDULI??? Apa yang istimewa  pada perasaan yang satu ni?

Sebenarnya tidak ada apa-apa yang istimewa pun pasal perasaan ni. Cuma pada aku, perasaan ini ada satu kelebihan, iaitu hanya buat tidak tahu pasal apa-apa perkara. Kebanyakan masyarakat pada hari ni memang ramai yang mempunyai perasaan ni. Tapi dalam  banyak-banyak tu, lebih banyak perasaan tidak ambil peduli yang cenderung kepada perilaku negatif.  Kenapa aku cakap macam tu? Kenapa tu tidak payah lah tanya sebab mereka-mereka ini bukan ambil peduli pun apa yang aku kata ni. Untuk yang ambil peduli pada apa yang aku cakap ni, baguslah. Cuma jangan selalu sangat ambil peduli apa yang aku nak katakan. Berbalik semula  kepada masyarakat dan perasaan tidak ambil peduli tadi, mereka ini lebih menjaga diri sendiri  kononnya. Hakikatnya diri mereka sendiri pun tidak terjaga sebenarnya. Apa yang aku katakan ini?? Cuba tengok pada diri sendiri, apakah fizikal diri sendiri terjaga? Mental pula bagaimana? Kalau bahagian Insaniah dan Rohani pula? Tidak cukup terjaga aku rasa. Memang tidak cukup terjaga!  Contoh paling senang aku berikan lah untuk lebih pemahaman mereka-mereka yang masih tidak jelas apa yang aku katakan ni. Ahli bina badan (body builder) , YA! Fizikal mereka memang A++, tapi bagaimana pula dengan mental mereka? Terjaga ke? Boleh ke mereka tahan dengan tekanan kerja? Belum tentu berbadan sasa boleh membuat kerja kasar atau tekanan putus cinta. Itu belum tentu.  Itu belum cerita pasal rohani lagi. Solat? Puasa? Ibadat lain? Jelas bukan?-minta maaf kepada yang tough di luar sana.
Alhamdulillah kepada mereka yang berjaya menjaga kesemua tu, tapi aku rasa sangat sedikit yang sedemikian.  Jadi, mereka-mereka yang ada perasaan ambil peduli tu, sila ambil peduli diri sendiri mereka terlebih dahulu dari ambil peduli apa-apa yang di luar sana. Bagi yang kakibola walaupun kaki bangku sebenarnya,cerita pasal Champion League, pasal kereta pada yang kaki kereta tu, kalau perempuan tu pasal fesyen, muzik ke.
Minta tolong kepada mereka ini supaya bereskan dahulu diri mereka.  Boleh ambil peduli pasal perkara-perkara lain,. Boleh, apa yang tidak bolehnya.Tapi ambil peduli pada diri sendiri dahulu adalah yang utama.

Sekian,

Assalamualaikum~~


      

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails