BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM

............................................

Sunday, May 2

Fikir Sama - Sama Tentang Ini (bahagian 2)

Assalamualaikum~


     Dalam entri yang lepas Fikir Sama - Sama Tentang Ini  , korang semua boleh melihat pelbagai info ringkas mengenai sistem pendidikan di Malaysia. Lihat sini. Dari sekolah rendah hingga ke peringkat tertinggi universiti. Merangkumi info berkaitan memupuk nilai-nilai murni dikalangan pelajar, perbincangan, hasil kajian, dan sebagainya. Semuanya adalah mengenai sistem pendidikan di Malaysia. 


     Seterusnya korang lihat sini pula. Untuk sini, ia lebih banyak memperkatakan mengenai sistem pendidikan negara kita. Program-program tajaan, pengurusan sekolah, bantuan-bantuan dalam pendidikan, sejarah pendidikan itu sendiri dan pelbagai topik lain. Jenis kertas peperiksaan juga ada disediakan di sini  . Kertas peperiksaan untuk Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Namun demikian, kertas peperiksaan untuk Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tiada disediakan di sini. Untuk jenis-jenis pendidikan di Malaysia pula, segalanya ada di sini. Bila aku imbas semuanya sekaligus, aku dapati ada sub-topik yang tidak berada dalam kategorinya dengan betul. Tapi tidak kisahlah itu semua. 


     Tapi,itu bukanlah ceritanya yang sebenar yang aku hendak perkatakan di sini. Apa yang aku dapati memang betul apa yang di tulis {maksud aku, perkataan yang aku tebalkan (bold)}. Kalau sekali imbas sahaja, kita memang tidak dapat tangkap apa-apa yang tersembunyi disebalik semua perkataan yang ada di dalam entri itu. Tapi jika kita pesongkan sedikit pemerhatian dan pemikiran kita, kita akan temui satu perkara. Yang mana perkara tersebut bukanlah perkara yang boleh di buat main-main tapi merupakan perkara yang sangat serius. Serius kepada siapa? Serius kepada kitalah sebagai umat Islam yang berbangsa Melayu di tanah Malaysia ini. 


     Tapi, apa perkara yang berlaku sebenarnya? Apa perkara yang berlaku sebenarnya ialah mereka ingin memusnahkan kita orang Melayu yang beragama Islam di Malaysia melalui sistem pendidikan kita sendiri.Cuba kita lihat bersama-sama kepada perjalanan sistem pendidikan kita.Aku ambil contoh seorang budak kecil yang dilahirkan pada pertengahan tahun 1980. Budak kecil itu dihantar oleh ibubapanya ke sekolah dari tadika hinggalah tamat darjah enam.Seterusnya, ibubapanya menghantarnya ke sekolah lebih tinggi iaitu sekolah menengah selama lima tahun dan bila budak kecil itu tadi tamat sekolah menengah, ketika itu dia bukanlah lagi seorang budak kecil. Sebaliknya dia adalah seorang remaja yang kini berusia 17 tahun.Hasil dari ke sekolah, remaja itu berjaya dapat keputusan yang membolehkan dia melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi(IPT).


     Sebelum itu, remaja itu perlu pergi ke matrikulasi atau peringkat yang setaraf dengannya.Ini adalah berdasarkan sistem pendidikan di Malaysia.Remaja tadi memiliki kecenderungan di bidang teknikal, maka apabila berjaya melanjutkan pelajaran di universiti, dia memilih bidang Kejuruteraan Elektrik.Ini adalah sebagai contoh sahaja.Seterusnya selama 4 tahun belajar di universiti, remaja tadi berjaya menghabiskan pengajiannya.


     Setelah itu, remaja tadi kini menjadi dewasa dan memiliki kriteria sebagai orang dewasa.Yang mana dia juga ingin memiliki pekerjaan.Bersesuaian dengan kelayakan orang dewasa itu tadi, dia telah diterima untuk sebagai Eksekutif Projek di syarikat tertentu.Ingat, ini adalah sekadar contoh sahaja.Lagi, memandangkan syarikatnya itu berjaya mendapat tender untuk membina menara pencawang untuk sebuah syarikat telekomunikasi di negara ini, syarikat tersebut telah menghantar orang dewasa tadi bertindak sebagai Eksekutif Projek bagi mengawal projek membina menara pencawang.Sampai tarikh yang ditentukan, maka siaplah menara tadi. Ok,cerita tamat di situ. 


Apa yang korang dapat dari cerita di atas? Korang fikir dulu, nanti aku sambungkan semula.


Assalamualaikum~~



0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails