BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM

............................................

Wednesday, June 30

Inilah Perkara Sebenar!

Assalamualaikum~


Untuk penulisan kali ini, aku rasa aku diberi tanggungjawab untuk memperkatakan tentang unsur - unsur yahudi zionis dalam kehidupan kita sebagai Islam (senang cerita unsur masonik la). Hal ini telah banyak diperkatakan oleh kebanyakan orang. Korang semua boleh lihat dalam kolum-kolum surat khabar, televisyen, internet dan di pelbagai medium lain lagi. Di blog orang - orang agama (ustaz) juga banyak diperkatakan berkaitan ini. Walaupun aku ini bukanlah ustaz atau orang yang mendalami agama sangat,aku merasakan ini adalah sesuatu yang tindakan yang bagus dalam memberi penyedaran kepada masyarakat. Lebih-lebih lagi perkara ini berkait rapat dengan agama kita,Islam. 

InsyaAllah aku akan perkatakan isu-isu yang jarang diperkatakan hasil dari kajian aku sendiri. Aku akan memperkatakan dari segala sudut,InsyaAllah. Secara sedar atau tidak,saban hari, saban tahun terdapat bermacam-macam perkara atau benda baru yang berlaku atau dicipta demi memenuhi kehendak manusia di bumi ini. Contoh paling senang aku berikan ialah telefon bimbit. Hampir setiap bulan ada model terbaru yang dipasarkan. Tujuan aku menulis ini bukan mahu memperkatakan pasal telefon bimbit. Perkara pasal telefon bimbit ini akan aku coretkan dalam entri yang akan datang dalam tajuk yang sesuai. InsyaAllah. Diulang sekali lagi, unsur Yahudi Zionis dalam kehidupan kita. Itulah tajuk penulisan aku kali ini. 


Sebelum pergi lebih jauh, aku rasa aku wajib beritahu beberapa perkara kepada semua pembaca blog aku ini. Apa yang aku maksudkan di sini ialah segala apa isi penulisan di blog aku ini adalah dalam ruang lingkup negara kita ini sahaja. Bukan di Indonesia, Selatan Filipina dan Thailand, Brunei, bukan juga negara-negara arab, Utara benua Afrika hatta negara-negara lain di dunia ini. Semuanya dalam negara kita sahaja kecuali aku maksudkan negara lain. Ini kerana aku berkecenderungan untuk melihat dunia hari ini melalui negara kita yang kian hari kian terserlah apa yang sedang berlaku dan akan berlaku. Apa yang berlaku dalam sebuah kawasan yang seluas 329847 kilometer persegi ini adalah terlalu rumit untuk diselak satu persatu pada pandangan mata kasar sebahagian besar orang. Terpulang kepada populasinya yang berjumlah 27 Juta untuk mengetahui atau tidak apa yang berlangsung sekarang dan akan berlangsung. Bagi 46% populasinya yang merupakan Muslim, diharap korang semua ada kesedaran. Tidak kisahlah kesedaran itu memang sudah ada dalam diri atau kesedaran itu akan dating dalam sedikit masa lagi. 

Apa yang penting, janji kesedaran itu ada. 

Kesedaran yang macam mana aku maksudkan? 

Kesedaran berkaitan dengan apa yang berlaku pada agama korang yang merupakan agama aku juga. Apa hendak jawab di Hari Pembalasan nanti jika tuhan tanya kita? Korang fikirkanlah sendiri. Gunakan akal yang dianugerahkan dengan sebaik-baiknya. 

Seterusnya aku ingin beritahu bahawa aku tidak akan sesekali memasukkan ide politik dalam penulisan aku. Aku ada tulis sedikit berkaitan ini dalam penulisan aku dalam keluaran sebelum ini (Lihat sini). Selanjutnya, aku penuhkan di ruangan kali ini. 

Mengapa aku tidak memasukkan ide politik dalam penulisan aku? 

Bagi aku, politik sekarang adalah satu perkara yang direka-reka dan ianya dipenuhi dengan kepalsuan semata-mata. Hampir tidak terdapat langsung kebenaran dalam politik hari ini! Semuanya dipenuhi dengan perkara – perkara yang boleh dianggap bodoh atau tidak relevan pada fikiran aku bila sebut pasal politik. Secara dasarnya, aku suka juga pada politik. Tapi aku tidak akan sentuh perkara politik dalam penulisan aku. Jika dimasukkan ide – ide politik, aku percaya ramai orang akan keliru dan bertambah celaru dalam berfikir. Jadi ide politik perlu diketepikan bila bercakap berkaitan ini. Walaubagaimanapun terpulanglah kepada diri masing-masing untuk menilai.

Perkara ke-3 yang aku perlu beritahu korang semua ialah aku juga tidak akan mengambil fakta-fakta dari sumber – sumber yang aku sendiri tidak yakin. Jika dalam bidang pendidikan, dunia mempunyai satu alat pengukur iaitu International Statistical Institute (ISI) Journal dalam memilih hasil kajian atau hasil penemuan yang terbaik. Ini menjadikan bahan-bahan kajian yang berjaya mendapat pengiktirafan ISI Journal adalah bahan- bahan kajian yang berkualiti baik. Sebaliknya, sumber- sumber dari Wikipedia adalah sumber yang tidak mempunyai taraf langsung jika dinilai dari konteks pendidikan. Ini disebabkan semua orang boleh menulis dalam Wikipedia. Ini berlainan sekali dengan ISI Journal yang mana mereka – mereka yang mendapat pengiktirafan dari ISI adalah mereka –mereka yang betul - betul pakar dalam ssesuatu bidang. 

Pada aku, aku tidak kisah fakta itu aku ambil dari mana untuk penulisan aku. Janji dari fikiran aku adalah rasional dan kerelevanannya adalah diakui oleh akal aku. Sebagai seorang muslim, kita wajib mempercayai sumber seperti Al-Quran dan Al-Hadis. Begitu juga aku. Aku tidak akan percaya apa bentuk teori atau pandangan orang walaupun orang itu dianggap professional untk sesuatu jika teori itu adalah tidak menepati isi kandungan Al-Quran dan Hadis nabi. Namun demikian buat pengetahuan korang semua, aku bukanlah seorang yang mahir atau hafal hadis dan Al-Quran, InsyaAllah nanti aku akan cuba untuk belajar hafal Al-Quran dan mahir dengan hadis. Oleh itu, dalam penulisan aku ini aku ambil dari fakta-fakta yang tiada keraguan dan aku ulaskan dalam bentuk aku sendiri. 

Apa yang aku hendak tulis ini semua bukan aku suruh korang semua percaya atau tidak pada apa yang aku tulis. Aku minta tolong korang semua FIKIRKAN sahaja, tidak lebih dari itu. Nilaikan sendiri sebab semua orang ada akal fikiran masing-masing. Terpulang kepada korang semualah nak buat apa andaian mengenai apa yang aku tulis ini. Aku sedikitpun tidak akan terjejas walau komen atau pandangan korang semua bertentangan dengan ide penulisan aku ini. 

Aku sambung lagi awal Julai nanti. 
Assalamualaikum~~



0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails