Aku ada sedikit komen mengenai apa yang Dr.Mohd Ridhuan Tee katakan di dalam blognya.
Apakah Melayu akan terus melayu?
Aku datang hanya untuk memberikan pendapat sahaja di sini. Pertamanya, aku memang tidak berminat langsung bercakap dan menyentuh pasal politik. Bagi aku politik ini adalah satu permainan semata-mata. Bohong dalam politik jika tiada penipuan dan penindasan, kecuali politik yang mengamalkan Undang-undang Islam sahaja.
Tapi janganlah pula terus melihat kepada Arab Saudi. Politik Arab Saudi tu dipenuhi dengan semangat Asabiyah mereka. Itulah bangsa Arab.
Junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W (Selawat dan Salam ke atas baginda, sahabat-sahabat serta keluarga baginda) sahaja yang boleh gemilangkan kerajaan di sana suatu ketika dahulu. Kalau Nabi Muhammad tiada, memang tiada ketamadunan Islam Arab. Dengan sistem pemerintahan politik yang bercirikan Demokrasi Berparlimen, Sosialis, Komunis, Monarki dan Demokrasi , adakah betul semua sistem-sistem ini berkesan dalam menangani segala masalah yang berlaku dalam sesebuah negara?
Tidak.
Sebab apa?
Sebabnya sistem-sistem ini adalah ciptaan manusia itu sendiri, bukan seperti Undang-undang Islam yang sememangnya datang dari Allah. Itulah sebab aku tidak mahu sentuh berkaitan politik dalam apa bentuk penulisan aku kecuali aku rasakan terpaksa.
Melayu memang akan tetap Melayu sampai bila-bila Dr Mohd Redhuan Tee dan pemblog-pemblog sekalian. Pastinya melayu itu adalah Islam. Kenapa aku cakap macam tu? Logiknya satu perkara sahaja. "Islam akan bangkit dari Timur." Cuba tengok-tengok hadis pasal ini.
Ada kan?
Jadi Islam sekarang bertapak di belah timur adalah pada orang Melayu sebagai majoriti. Ada bangsa lain,tapi hanya minor sahaja. Indonesia, Brunei, Selatan Filipina, Selatan Thai dan Malaysia adalah kawasan-kawasan yang berpenduduk Melayu Islam . Jadi, bangsa melayu kita inilah yang akan bangkit satu masa nanti. Dan masanya adalah tidak lama dah. MELAINKAN KALAU PETA DUNIA ITU MENUNJUKKAN TIMUR ITU BUKAN BAHAGIAN KITA DI SINI!! (Aku akan buat kajian lanjut berkaitan ini)
Mari sama-sama kita lihat pada negara kita sekarang ini. Dahulunya adalah bangsa Melayu adalah lebih 90 peratus dan selebihnya adalah Bumiputera lain . Tapi kini ada bangsa India, Cina, bangsa Sikh, imigran kulit hitam si Negro-negro, bangsa Myammar dan macam-macam bangsa lagilah yang ada sekarang di negara ini. Kita kena lihat apa tujuannya bangsa ini masuk negara kita? Mencari peluang pekerjaan memang merupakan alas an utama imigran-imigran ini masuk ke negara kita.
Betul.
Memang betul mencari pekerjaan pada imigran-imigran ini. Tapi pihak yang mengambil kesempatan atas kemasukan imigran-imigran ini iaitu Yahudi Zionis boleh tersenyum lebar weh.
Sebab apa?
Sebab kemasukan Imigran ini semua akan menjadikan bangsa di negara kita ini berbilang kaum dan seterusnya menghilangkan identiti Melayu! Itu sahaja tujuan mereka.
Terbaru dengan idea PM kita yang memperkenalkan konsep SATU MALAYSIA. Apa motif sebenar ni weh? Cuba korang semua beritahu aku apa matlamat SATU MALAYSIA ni yang paling utama?
Yelah, bangsa Yahudi Zionis itu memang mempunyai perancangan yang sangat teliti dari zaman dahulu sehingga hari ini. Segala perkara dari kecil-kecil hal sehingga sebesar-besar agenda semuanya mereka rancang dengan teliti demi matlamat mereka yang tidak seberapa. Tapi sebagai Islam kita mesti ingat, sebagus-bagus manapun perancangan Yahudi Zionis ini merancang, Allah SW.T adalah perancang segala-galanya.
Berkaitan dengan masalah sosial dikalangan Melayu Islam yang semakin membimbangkan pula, ada ke mana-mana kerajaan atau negara di dunia ini yang tidak mempunyai taraf masalah sosial yang membimbangkan macam kita? Ada. Banyak negara sama taraf macam negara kita ini, malah ada yang lebih teruk. Cuma sebab negara mereka itu adalah bukan Negara Islam, jadi kuranglah sedikit kebimbangan mereka. Contohnya Amerika Syarikat. Hampir semua remaja di sana mengalami masalah sosial. Bagi kita,memang kena salahkan diri sendiri dalam perkara ini. Jangan salahkan kerajaan ke, badan-badan bukan kerajaan ke, organisasi tertentu ke, parti politik ke ataupun sesiapa sahajalah. Seperti tulisan Dr Mohd Ridhuan Tee di perenggan terakhir entri ini, semuanya di tangan kita sendiri.
Akhir sekali, seorang rakan aku pernah cakap ini pada aku tidak lama dahulu. "Bangsa yang mahu menghapuskan Islam akan takut dan menjadi lemah jika jemaah untuk Solat Subuh adalah menyamai jumlah jemaah Solat Jumaat"
Sekian.
Assalamualaikum~~




0 comments:
Post a Comment