Ini adalah sambungan dari penulisan yang lepas.(Rujuk Sini) Harap korang semua sihat selalu hendakNya. Bersyukur kepada Allah kerana masih beri ruang untuk aku menulis. Untuk penulisan kali ni, masih berkisar di bahagian pengenalan juga. Kalau dalam penulisan yang lepas aku sibuk memperkatakan hanya tajuk dan terdapat juga beberapa perkara penting yang aku wajib beritahu korang semua, tapi aku datang kali ini untuk memberikan gambaran berkaitan jenis – jenis manusia yang wujud jika membicarakan berkaitan agama dan dunia hari ini.
Pada aku, terdapat dua kumpulan manusia yang akan terbentuk jika memperkatakan hal – hal berkaitan ini. Kumpulan pertama adalah kumpulan yang tidak mahu menerima atau tidak berusaha untuk berfikir akan hal ini.
Sebahagian orang akan merasa hairan bila memperkatan hal sebegini.Kenapa?
Mungkin mereka terkejut kerana mendengar atau membaca kisah-kisah begini. Mana tidaknya, kadang - kadang perkara yang berbangkit dalam memperkatakan isu - isu begini adalah diluar pemikiran manusia. Sebab itu mereka ada yang terkejut bila datangnya pendedahan. Lebih teruk lagi, kadang – kadang ada yang bercakap “siapalah dia ni untuk bercerita perkara macam ni? buang masalah layan budak ni, sekurang – kurangnya bagilah ustaz, ulama atau pegawai agama yang cakap barulah boleh dipercayai”. Pada aku, tidak mengapa jika sebahagian orang sebegitu. Itu cuma sebahagian sahaja yang tidak mahu mengambil pengajaran atau tidak mahu ambil tahu berkaitan perkara-perkara sebegini. Mungkin tiada masa sebab sibuk dengan urusan masing-masing agaknya. Pada mereka ini, kita memohon doa kepada Allah supaya Allah terangkan hati mereka. InsyaAllah.
Bagaimana dengan sebahagian yang lain lagi?
Yang sebahagian lain ini adalah individu atau kumpulan yang berminat untuk mendengar, melihat atau berkongsi sesuatu berkaitan perkara – perkara begini.
Walaupun hanya sedikit!
Ini merupakan individu yang mahu mencari hakikat atau keadaan sebenar apa yang sedang berlaku dan akan berlaku. Kepada insan – insan yang berada di dalam kelompok ini, teruskan usaha untuk berkongsi sesuatu yang berguna kepada semua. Jikalau dapat berkongsi secara lisan, maka gunakan secara lisan. Bercerita dengan kawan – kawan rapat, ibu bapa, saudara mara dan sesiapa sahajalah jika ringan mulut.
Tapi harus diingat, jangan bercerita lebih - lebih atau melampau sangat, kenapa?
Ialah, siapa suka layan kalau syok sendiri? Lagipun kita semua tahu ,Allah suka kepada hambaNya yang bersederhana dalam semua perkara kawan - kawan. Pada aku, seelok – eloknya biarlah orang cari kita untuk mendengar apa yang kita cakapkan, daripada kita yang bersungguh – sungguh mahu bercerita kepada orang. Ini disebabkan kita mungkin tidak mengetahui hati orang itu. Entah - entah orang itu tengah bermasaalah ke, kurang sihat ke dan sebagainya. Jika tiada upaya untuk berkongsi secara lisan, karang sahaja untuk orang mengetahui. Hari ini, dunia didedahkan dengan pelbagai medium untuk menyalurkan berita ke seluruh pelusuk dunia apatah lagi negara kita yang sekecil ini sahaja. Maklumat sangat mudah untuk diterima. Telefon bimbit, televisyen, radio, surat khabar, blog dan internet adalah beberapa medium yang paling popular digunakan untuk menyampaikan berita. Untuk anggota jemaah jumaat, aku rasa jemaah – jemaah sekalian mesti ada menerima lampiran kertas yang berupa berita – berita terkini berkaitan Islam hari ini. Kisah karikatur dari Belanda menghina Nabi hinggalah kepada risalah – risalah berkaitan halal – haram dalam bidang makanan, semuanya ada dikhabarkan di dalam sehelai kertas tersebut. Aku pasti semua jemaah ada membacanya jika terpandang apatah lagi kalau sudah di tangan sendiri! Betulkan?
Pada aku, itu merupakan medium atau ide yang paling menarik untuk menghebohkan sesuatu berita berkaitan Islam. Dengan suasana tanpa seorangpun yang belum beragama Islam yang berada di sekitar masjid pada waktu Jumaat kita sepatutnya mengambil “waktu emas” tersebut untuk mengetahui isu – isu berkaitan Islam hari ini. Malangnya, para jemaah kita hari ini lebih suka atau bercakap hal berkaitan politik semasa, isu kerja dan apa rancangan untuk dibuat pada hari Sabtu dan Ahad. Lebih malang lagi, jemaah gagal hadir untuk Jumaat bersama – sama! Untuk saudara – saudara kita yang terlupa ini, mereka tidak berkesempatan untuk mengetahui berita semasa berkaitan Islam.
Masakan tidak tepat apa yang aku perkatakan ini?
Jumaatlah tempat untuk kita berjumpa saudara – saudara kita sambil mendengar Khutbah dan sebarang informasi lain. Apa yang aku hendak jelaskan di sini, peranan Masjid adalah sangat penting dalam menyebarkan berita atau maklumat berkaitan agama kita di samping membentuk umat Islam yang kuat. InsyaAllah. Jadi pada aku, tiada sebab untuk orang – orang yang berminat dengan hal – hal begini untuk tidak berkongsi bersama. Bergerak secara individu pun tidak mengapa. Mungkin disebabkan mereka risau akan jadi terleka dan lebih teruk lagi akan tersimpang dari perjuangan asal. Selisih Nauzubillah. Mari sama – sama panjatkan doa kepada Allah supaya kita selalu berada di landasan yang betul.
Dalam pada itu juga, kita harus berwaspada dengan agen – agen y4hudi zi0nis yang selalu mencari individu – individu atau kumpulan yang dirasakan menganggu hajat mereka. Apa yang aku maksudkan di sini adalah bukan kita perlu takut kepada mereka. Kita ada jihad kawan – kawan. Mereka tidak ada apa apa ganjaran kawan – kawan. Apa yang hendak takut? Allah selalu bersama kita jika kita berada di jalan yang betul. Jika hari ini kita tewas, tidak bermakna kita akan tewas di masa akan datang jika kita tekun berusaha. Allah selalu bersama hambanya. Suka aku ingatkan kawan – kawan di sini, apa yang kita lakukan mestilah niat kerana Allah. Bukankah kita diajar semasa kecil di sekolah tentang perkara ini? Sekarang aku rasa sesiapa yang baca penulisan aku ini, mesti sudah dapat memahami dengan jelas apa yang dimaksudkan dengan niat semua kerana Allah. Bila kita niat kerana Allah dalam semua perkara, automatik kita akan menjaga agama kita, perjuangan agama kita, seterusnya secara tidak langsung juga kita menjaga saudara – saudara yang seagama kita yang lain. Itu yang kita mahukan. Itu jugalah yang Islam mahukan. Sedarkan saudara – saudara kita semua akan perjuangan agama kita. Ingatkan saudara – saudara kita akan perkara yang mereka lupa atau perkara yang mungkin mereka tidak tahu.
Seterusnya apa yang paling aku bimbangkan adalah di dalam kumpulan ini juga, ada segelintir saudara - saudara kita yang berminat untuk mendengar atau melihat sesuatu berkaitan perkara – perkara begini tetapi tidak melakukan sebarang tindakan! Tidak dapat berkongsi tidak mengapa, tetapi untuk diri sendiri pun tidak berbuat apa – apa! Hanya mahu mendengar dan melihat sahaja. Ialah, cerita – cerita sebegini agak menarik untuk didengar oleh telinga, malangnya tiada tindakan diambil.
Contoh aku berikan di sini adalah berdasarkan pengamatan aku sendiri. Berupa contoh yang paling mudah. Mari kita imbas semula apa yang terjadi. Kita sudah dimaklumkan atau disogokkan dengan berita yag mengatakan restoran makanan segera Mc Donald adalah penyumbang kewangan kepada y4hudi zi0nis disamping pelbagai jenis produk pengguna yang lain yang berupa barang makanan dan barang kosmetik.
Kita tahu.
Kita semua tahu akan perkara itu.
Semua orang tahu. Siapa yang tidak tahu itu, tolong ingatkan mereka.
Jadi, bagaimana kita dalam hal ini? Apa tidakan kita? Kita tetap pergi juga kan ke restoran – restoran Mc Donald? (untuk mereka yang pergi)Kenapa pergi? Sedangkan kita sudah mengetahui hakikat yang sebenar. Tidak perlu sejuta alasan untuk mengiakan korang pergi.
- Alasannya sebab ada promosi, harga murah?
- Alasan sebab hendak makan burger yang sedap?
- Alasan sebab ada pelbagai menu yang menarik?
- Alasan hendak cepat kerana ada perkara penting?
- Alasan hendak sebab mengidam atau teringin sangat-sangat?
- Alasan sebab ikut "trend" kehidupan di bandar?
- Sebab ada dikalangan staff McD yang perempuan itu yang menarik? Dan pelbagai alasan lagilah yang dikira logik pada mereka.
Apa ini kawan – kawan?
Apa ini?
Apa? Untuk mereka yang berada dalam kumpulan ini, aku tinggalkan persoalan untuk korang semua fikirkan bersama. Apa yang kita hendak jawab di Hari Pembalasan nanti jika Allah S.W.T menyoal kita tentang sumbangan kita kepada agama kita dalam melawan musuh agama kita?
- Kita sebagai umat Islam mempunyai tanggungjawab kepada diri sendiri. Betul ke tidak kawan - kawan?
- Kita juga sebagai umat Islam mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga kita? Salah ke kawan - kawan?
- Sebagai umat Islam kita juga mempunyai tanggungjawab kepada masyarakat? Kawan – kawan betul ke aku cakap ini?
- Tanggungjawab terhadap bangsa dan agama kita juga merupakan tanggungjawab kita sebagai seorang Islam? Betul?
Apa yang aku ingin sampaikan di sini ialah walau di kumpulan mana kita berada, walau tinggi mana pangkat kita, walau banyak mana harta kita dan walau segagah manapun diri kita, kita mesti menunaikan tanggungjawab kita kepada agama kita. Kita harus sedar akan perkara itu memandangkan musuh kita semakin hampir dengan kita. Jangan kita terleka lagi selepas ini. insyaAllah aku akan cepat habiskan dalam memperkatakan hal ini.
Hari sudah larut malam, aku mahu berehat. InsyaAllah aku akan sambung lagi dalam penulisan akan datang. Selamat malam semua.
Assalamualaikum~~





0 comments:
Post a Comment